IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad berkata ia bagi memastikan pemasangan mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan untuk keselamatan.
Beliau berkata garis panduan itu juga akan melibatkan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
"Kita akan bentangkan mengenai jarak antara panel, saiz yang sesuai, kelompokan panel dan lain-lain perkara teknikal ketika pemasangan panel solar di rumah mahupun mana-mana premis," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji JBPM Perak dekat sini pada Rabu.
Nor Hisham berkata banyak yang boleh dipelajari daripada kebakaran Mydin Manjoi baru-baru ini yang dilihat perlunya ada kawalan atau garis panduan sesuai dalam pemasangan panel solar.
"Ketika kebakaran di Mydin Manjoi, pasukan bomba tidak boleh lakukan tebukan manual pada bumbung pasar raya itu akibat panel solar yang bercantum untuk tujuan pengudaraan.
"Apabila kita tidak boleh buat tebukan secara manual kepada bumbung, kita sukar nak kesan api. Ini antara penemuan yang kita kenal pasti dan perkara inilah yang kita kena letakkan dalam garis panduan kelak," katanya.
Dalam pada itu Nor Hisham berkata bomba mengenal pasti kebakaran Mydin Manjoi pada 10 Mac lepas berpunca daripada satu daripada panel pembahagi elektrik di bangunan itu.
Sementara itu beliau berkata JBPM akan menumpukan kepada 652 titik panas kebakaran seluruh negara susulan musim kemarau ketika ini termasuk tapak pelupusan sampah, hutan dan kawasan gambut.
"Ada tiga negeri yang merekodkan kebakaran terbuka yang besar iaitu Selangor, Johor dan Sarawak, jadi kita akan beri tumpuan kepada lokasi-lokasi hotspot yang dikenal pasti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
JBPM akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Lelaki hilang sejak Sabtu ditemukan selamat
Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah dan keletihan.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.
4 pekerja kilang muntah, hampir pengsan terhidu gas fenol
Bilik gerakan operasi Bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia tersebut pada jam 9.53 pagi.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.